Thursday, November 13, 2008

DIARI 19: ANALISIS LAMAN WEB

"Motivasi Hati Kemuncak Prestasi Diri"

Alhamdulillah, gerak kerja terakhir analisis laman web sedang giat dijalankan dan ianya akan dapat disiapkan dalam masa yang terdekat. Sebanyak 50 lebih laman web yang telah ditemui yang berkaitan dengan tajuk akidah secara khususnya dan tajuk Pendidikan Islam secara umumnya. Usaha ini telah lama dilakukan namun ianya belum dipaparkan di dalam blog pautan (Laman Nurani). InsyaAllah, segala perancangan dan gerak kerja projek Latihan Ilmiah '08 akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Salam Kejayaan!!


No comments: