Monday, November 24, 2008

DIARI 34: LUAHAN KOMEN PENYELIA SESI I

Terdapat banyak komen membina, cadangan penambahbaikan, teguran dan nasihat yang telah diluahkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin).

Antara komen individu dan komen umum adalah seperti berikut:

1) Rujukan laporan dan rujukan bahan-bahan atau maklumat blog p&p mestilah diperolehi daripada sumber yang berautoriti (terdapat kepakaran dan keutamaan yang tersendiri dan penulis atau maklumat dapat diyakini dan sahih).

2) Blog utama iaitu blog p&p mestilah memenuhi atau menepati semua kriteria standard pemikiran berdasarkan analisis 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk p&p.

3) Laman-laman pertubuhan atau organisasi Islam mestilah dipautkan di dalam blog p&p seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ianya dapat dijadikan sebagai rujukan yang berautoriti dan panduan tambahan maklumat yang berkaitan.

4) Rujukan sumber bahan atau maklumat blog p&p mestilah dijelaskan untuk memberikan keyakinan kepada khalayak umum. Contohnya nama penulis, judul artikel atau buku dan tahun.

5) Sumber bahan atau maklumat blog p&p dan laporan bertulis mestilah diletakkan di dalam laporan (bahagian rujukan).

6) Kajian dan analisis terhadap 50 laman web yang berkaitan mestilah dilakukan secara terperinci berdasarkan semua kriteria standard pemikiran. Ulasan bagi setiap item yang tidak menepati salah satu atau sebahagian atau semua kriteria tersebut mestilah dijelaskan di dalam blog analisi masing-masing (blog pautan laman web yang berkaitan) dan rumusannya mestilah dijadikan sebagai maklumat laporan bertulis (bahagian pernyataan masalah).

7) Maklumat pembentangan melalui 'power point' mestilah mempunyai paparan maklumat yang ringkas dan padat.

8) Integrasi antara laman web atau blog dengan proses pengajaran dan pengajaran (p&p) mestilah berlandaskan kepada aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan interaktif (ICT) dan pelbagai kaedah mengajar yang melibatkan guru dan pelajar. Ianya dapat diaplikasikan melalui set rancangan mengajar harian (RPH).

9) Blog p&p mestilah dianalisis berdasarkan semua kriteria standard pemikiran dan ianya mestilah merangkumi atau menepati semua kriteria tersebut. Penambahbaikan tersebut akan dapat dilakukan melalui maklumat pernyataan masalah yang diperolehi daripana analisis terhadap 50 laman web yang berkaitan. Semua kriteria yang terdapat di dalam blog p&p mestilah diterjemahkan melalui 'print screen' dan huraian yang terperinci berdasarkan penilaian yang telah dilakukan (dapatan kajian).

Seterusnya, antara pesanan dan nasihat penyelia terhadap gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008 ialah:

1) Jati diri dan pendirian hidup mestilah tetap dan utuh sebagai manifestasi kualiti guru Pendidikan Islam dan al-Quran yang mempunyai pelbagai kemahiran khususnya di dalam bidang teknologi maklumat.

2) Elakkan diri berada di dalam zon selesa dan sentiasa aplikasikan kemahiran yang diperolehi di dalam proses p&p.

3) Aplikasikan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada pengalaman dan cabaran gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008.

4) Potensi diri mestilah digilap senantiasa seiring perkembangan pendidikan semasa.

5) Tindakan atau gerak kerja mestilah dilakukan dengan segera berdasarkan komen-komen yang diperolehi.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia dan rakan-rakan group Ilmiah 2008 di atas komen yang membina dan cadangan penambahbaikan yang sangat berguna untuk merealisasikan pencapaian projek Latihan Ilmiah 2008 pada tahap yang terbaik. InsyaAllah & ameen...


No comments: