Saturday, November 01, 2008

TIRAI NOVEMBER

"Muhasabah + Keazaman + Matlamat + Strategi +
Komited + Konsisten"


Bulan Oktober telah berakhir dan tirai bulan November telah disingkap pada saat hari ini yang menandakan bahawa peperiksaan akhir semester semakin hampir. Bahang dan kehangatan semakin dirasai tatkala persiapan belum dilaksanakan sepenuhnya malahan gerak kerja Latihan Ilmiah 2008 telah terhenti seketika. Oleh yang demikian, muhasabah dan koreksi mestilah dilakukan tentang apa sahaja yang berlaku disebalik tirai Oktober agar ianya tidak akan berulang untuk hari-hari yang akan mendatang.

Semester ini sememangnya amat mencabar disebabkan terdapat beberapa subjek yang agak sukar untuk dihadamkan manakala gerak kerja Latihan Ilmiah 2008 terbantut kerana saya telah menghadapi beberapa masalah peribadi seperti "masalah" pengabdian diri kepadaNya, gangguan kesihatan dalaman, dan masalah pembelajaran. Diharapkan ianya tidak akan menjejaskan persiapan dan perancangan saya untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini bahkan saya akan berusaha untuk memperbaikinya. "Aku pasrah padaMu ya Allah.."


No comments: